Saturday, November 27, 2010

kau pergi jua...






kenapa rindu benar hati ini padanya...
hanya gmbr kenangan lama yg menjadi pengubat rindu...
moga ukhwah antara kita membawa ke syurgaNya...


Kau pergi jua

Wajahmu seindah serinya pelangi nan indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajah mu…masih terbayang di mata ku
Sehingga terkenang didalam doaku
Shbtku…
Tahukah kau didalam hati ku ini terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mata ku
tetap ku abadikan di dalam jiwaku …
Sepinya harapan yang selama ini kau bawa
jatuh berkecai musnah jua akhirnya
semuanya bagai kan sebuah mmpi …
Kau pergi jua..
ketika perjuangan mu membara..
belum puas ku menatap wajah mu
kau pergi…
tak kembali…
sahabat ku…
Tahukah kau didalam hati ku ini terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya…Walau hilang mu jauh dari mata ku
tetapku abadikan dlm jiwa ku…
Walau hilang mu jauh dari mata
ku tetapku abadikan dlm jiwa ku…

(moga roh mu tenang di sana….(T_T))

Thursday, November 11, 2010

~~kerinduan kalbu waktu dulu...~~





RiNdU

Teramat rindu hati ini pada kenangan tika bersamamu sahabat…
Alangkah indah nya andai dapat ku kmbali ke wktu itu..
Tika kita bersama2 berjuang dlm memnuntut ilmu…
Walaupn di sana terdapat duka yang kadang2 meremukkan jiwa tp itulah asam garam dalam sebuah perhubungan persahabatan…suka duka, susah senang kita harungi bersama…
Begitulah lumrah kehidupan…
Ada pertemuan
Ada perpisahan..
Ada kegembiraan
Ada kesedihan
Dan ada kenangan y xakan luput di ingatan..
Doaku semoga kita semua dapat mengecapi kejayaan..
Kejayaan di dunia jua di akhirat…walaupn di mana kita berada, walau tidak bersua muka, walau tiada khabar berita, tp ianya senantiasa hadir dlm untaian doa…doa pada y esa..
Allahu rabbi…

11.02 pm 22/06/10

(bicara hati yg dah lama tersimpan dlm lptop ku huhu~~~)

Saturday, September 25, 2010

bismillahirrahmanirahim...

aku dan diri ku
diuji lg...
dimana hati ku tika itu.
aku pun xtahu..
tp ku tahu DIA sentiasa ada bersamaku..
sentiasa memberikan segala2nya...
setiap bebanan mnjadi ringan..segalanya pertolonganNya..
tanpa jemu dia memberikan segala..nikmatnya tidak terhitung...
Allu rabbi..
rabbi yassir wala tu'assir

Saturday, July 17, 2010

Menghitung hari meniti usia


Menghitung hari meniti usia
Terasa pantas masa berlalu
Tanpa disedari setiap atur langkah perjalananku
Mencerminkan masa depan yang akan terbina
Berbagai cabaran dan dugaan,onak dan duri,sedih dan gembira
Terpaksa ditempuhi dengan kesabaran
Hinggalah kumengenali erti sebuah kehidupan
Namun begitu perjuangan hidup harus diteruskan biarpun
Penuh dengan liku dan lorong yang sempit dan menyesatkan
Perjalanan ini perlu diteruskan untuk mencari kehidupan yang abadi
Hidup disertai dengan bahagia tanpa diduga dengan sengsara
Harapan tanpa diduga dengan kekecewaan,kasih sayang tanpa ada kebencian,cinta tanpa diduga kehampaan dan segala kemewahan tanpa diduga dengan kesusahan dan penderitaan
Membuatkan diri ini leka dan alpa seketika di pertengahan jalan
Tenggelam dalam noda keduniaan
Destinasi menuju kesana masih terasa jauh… teramat jauh
Ilmu dan pengaaman menjadi bekalan sepanjang perjalanan
Kadang2 ombak melanda di persisiran perjalanan
Sesungguhnya aku tak berdaya menghadapinya sendirian.
Lalu mereka menghulurkan tangan keikhlasan tanpa memita balasan
Tanpa berfikir panjang teru ku sambut denga penuh kesyukuran dan kepiluan
Member erti yang diri ini tidak berkuasa
Sesungguhnya aku tidak keseorangan
Hanya membekalkan semangat dan dorongan daripada mereka
Ombak yang melambung tinggi dihadapan dapat sama2 kita tempuhi
Perlu ditongkah berhati2 dengan kekuatan di dalam diri agar tidak kecundang membawa sejuta penyesalan
Hasrat hati ingin sampai di destinasi yang abadi bersama2 mengecapi kebahagiaan yang berpanjagan
Susah senang bersama menghadapi ombak dugaan.destinasi itu akan menunggu kedatangan kita semua
Alangkah indahnya saat itu menjelma
Semoga ianya bukan sekadar imaginasi atau angan2 ketika menghitung hari tetapi menjadi reality yang penuh erti.reality yang pasti ..
Apabila hari yang dihitung dan usia tiba di penghujung
Diri ini tersenyum gembira..
11.47pm-kg
Una

Wednesday, June 23, 2010

nasyid yg mmberi seribu satu erti...(^_^)

BinGKiSan RinDu - far east

Antara kita tiada rahsia
Susah & senang tetap bersama
Terpatri namamu kau takkan ku lupa
Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua

Hanya tinggal kenangan
yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
seiringan hembusan bayu

Sekadar pengubat
rasa rindu dikalbuku
Pantas masa berlalu
meninggalkan kita semua

Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masihku simpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadang ku tersenyum sendirian

Oh..perjalanan kita masih jauh
Jalan yang berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam

Jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku kau akan bahagia selalu

Padaku kau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Di dalam menempuh kau bawa cahaya

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu..

memori itu...zulfan

Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memori yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertama
Di dalam taman yang mengajar kita
Erti kehidupan penuh pancaroba

Di sini kita berjanji setia
Berjuang menongkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dari usaha doa tulus padaNya

Tutur kata guru bagaikan azimat
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya
menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masihkah kau ingat
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Senda gurau senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan
Rindu hati ingin bersemuka
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan doa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu,berpisah hanya kerana Allah
Ukhuwah yang terbina anugerah darinya...

*************************************************************************************